Dalam berhadapan dengan dunia, manusia dibekalkan oleh Tuhan beberapa perkakas dan perisian. Perkakasan manusia adalah; tangan, sendi, telinga, mulut, kaki dan lain-lain. Perisian pula adalah, seperti contoh: akal, nafsu, persepsi dan intuisi. Perkakas biasanya berbentuk fizikal, yakni boleh digapai dengan deria. Perisian pula berbentuk subjektif dan tidak dapat digapai dengan deria. Perkakas menjadi pelaksana command atau arahan yang diberikan perisian, secara sedar mahupun tidak sedar.
Perkakas dan perisian adalah dua aspek yang membentuk manusia. Tanpa salah-satunya, seorang manusia tidak boleh hidup dan digelar manusia. Jika tiada perisian, jasad terbabit digelar mayat. Jika tiada perkakasan, yang wujud hanyalah ruh atau jiwa yang terawang-awang. Persoalan ini menjalar lebih jauh dan definitis berbanding fizikal-mental, kerana para ilmuwan berbalah dengan persoalan, sama ada naluri itu produk kecenderungan fizikal atau sememangnya mental jua.
Menyentuh hal perisian manusia, perkara yang ingin diterangkan di sini adalah bagaimana kesedaran, persepsi dan intuisi berbeza antara satu sama lain. Kemudian, akan dipersembahkan juga Chariot Allegory hasil pemikiran Plato dalam Phaedrusnya yang memuatkan analogi interaksi rasional, nafsu, persepsi dan intuisi yang mudah-mudahan menjadikan skop perbahasan lebih bermanfaat. Akhir sekali, masukan ini akan memuat rumusan mudah keseluruhan perbincangan.
Definisi kesedaran, persepsi dan intuisi
Secara definisinya, kesedaran adalah perisian yang akan menjadi pemutus sama ada sesuatu perkara yang dihadapi seseorang baik atau buruk, patut atau tidak patut, bermanfaat atau tidak. Kesedaran biasanya dipandu pengalaman emosional, berdasarkan rasional yang subjektif kepada norma-norma setempat. Ianya memuatkan dan dipandu nilai yang dipercayai seseorang tadi sebagai benar dan betul. Dengan ini, kesedaran antara satu manusia dengan manusia lain adalah berbeza.
Berbeza dengan kesedaran, persepsi adalah gapaian minda manusia yang neutral. Ia jarang, kalaupun tidak, dipengaruhi oleh emosi, lebih banyak berlegar dalam menjawab persoalan berkenaan kebenaran. Ia menjana kuasanya daripada ilmu, rasional peribadi, ideologi, agama dan pengalaman. Dari sudut falsafah, persepsi menyentuh hal ontologi yakni perihal kewujudan dan kebenaran absolut. Sama seperti kesedaran, persepsi sangat berbeza antara satu manusia dengan yang lain.
Intuisi pula adalah keupayaan autonomik/parasimpatetik manusia dalam memperolehi sesuatu pengetahuan, tanpa keperluan penaakulan teliti. Di Barat, ia dikenali sebagai immediate cognition. Sungguhpun begitu, ia mempengaruhi sebahagian besar sikap dan pemikiran manusia, beserta rasional mereka. Ia berfungsi memberikan manusia jawapan spontan untuk satu-satu suasana yang memerlukan respon yang segera. Ia berbeza dengan premonition (prarasa) yang juga biasanya disebut sebagai deria keenam manusia, yang bekerja sepenuhnya di luar kawalan pemiliknya.
Terdapat satu lagi dimensi perisian manusia yang perlu disebutkan di sini, yang akan digunakan untuk penjelasan Chariot Allegory dan tidak kurang pentingnya, iaitu rasionaliti. Rasionaliti adalah keupayaan menaakul manusia yang neutral daripada moraliti, yang digunakan untuk menentukan keperluan tindakan. Apabila berhadapan isu-isu yang menyentuh moraliti seperti penggunaan bom atom, rasional akan ditemani kesedaran dan persepsi kedalaman kesan bom atom.
Contoh interaksi kesedaran, persepsi dan intuisi
Di sini ingin ditunjukkan bagaimana kesedaran, persepsi dan intuisi bekerja dalam satu senario. Bayangkan seorang lelaki bertemu dengan seekor (?) makhluk asing yang belum pernah disaksikan manusia. Kognitif - melalui deria - akan serta-merta menilai sifat fizikal makhluk asing terbabit, menghasilkan persepsi. Bagi yang berbakat, intuisi akan bekerja memberikan persepsi lebih luas tanpa memerlukan informasi mendalam mengenai makhluk ini, bergantung keupayaan intuitif seseorang.
Dalam masa yang sama, kesedaran pergi ke daerah lebih dalam. Kesedaran tidak menimbulkan persoalan keselamatan, tetapi lebih filosofikal dan moralistik. "Rupanya manusia bukan bersendirian di Sistem Suria!" adalah suatu kesedaran yang timbul tatkala melihat makhluk asing dengan teknologi yang ada di depannya. Yang mengusul adalah etika barangkali, sama ada boleh membunuhnya. Dalam hal ini, rasionaliti telah melakukan intervensi, lantas tidak boleh dikira sebagai produk kesedaran per se.

Dalam biologi, kita ada belajar berkenaan senario figt-or-flight apabila berhadapan dengan suatu kondisi yang berbahaya. Dalam keadaan tersebut, interaksi kesedaran-persepsi-intuisi masih bekerja, meskipun wujud variasi cara antara manusia dan haiwan. Manusia dipandu perasaan dan moral. Tindakan refleks manusia lebih bijak dan bermoral, secara relatifnya. Di samping itu, melaluinya, manusia membina pengalaman yang menjadi asas kepada rasionaliti.
Paul Maclean yang telah mempelopori Teori Triune Brains yang mampu menjelaskan hal ini. Menurutnya, manusia mempunyai tiga otak dalam satu pakej yang sama. Otak reptilia yang primitif dan bertugas mengawal lapar, teritorialisme, keselamatan, persaingan pasangan dan kawalan asas tubuh. Otak limbik, yang dimiliki mamalia, berfungsi memberikan emosi dan kesedaran asas dan otak neokorteks yang lebih maju sifatnya; rasionaliti, hipotesis, persepsi dan kognisi.
Chariot Allegory Plato
Dalam hal yang berbeza, sekitar dua alaf sebelum Maclean, Plato telah menulis Phaedrusnya. Di dalamnya, ia memuatkan Chariot Allegory yang berusaha menjelaskan perkaitan antara rasionaliti, nafsu dan semangat (persepsi emosional). Alegori ini menjelaskan akal manusia (rasional) sebagai pengendera kereta kuda yang dipacu seekor Kuda Putih (semangat) dan Kuda Hitam (nafsu). Rasionaliti, menurut Plato mempunyai tugas yang lebih mulia; mencari kebenaran ilahiah.
Adapun dengan nafsu dan semangat yang lemah manusia tidak akan ke mana, tanpa kawalan rasionaliti ke atas kuda-kudanya akan menyebabkan manusia liar. Bayangkan jika pengendara berada di tengah padang pasir, sedangkan kuda-kudanya lemah, maka matilah rasionaliti, namun jika tiada pengendara akan terpisahlah nafsu dan cita-cita. Sama ada seseorang itu menjadi haiwan bernafsu atau manusia yang punya cita-cita namun tidak punya tenaga.
Memasukkan empat aspek perisian manusia yang telah dibincangkan dalam perenggan sebelum ini, kesemuanya termasuk dalam analog pengendara. Keempat-empat ini adalah juzuk yang menempati akal manusia, memberikannya kekuasaan ke atas kuda-kuda yang ia miliki, andai ia disedari dan diasah dari masa ke masa. Kuda Hitam adalah nafsu yang walaupun berkuasa, perlu dikawal dan Kuda Putih adalah egoisme (menurut Freud) dan semangat (aspirasi).

Rujukan:
Uebersax, John S. (2007). Plato's Chariot Analogy. Dilayari pada 28 November 2013 melalui URL: http://john-uebersax.com/plato/plato3.htm.
Tiada nama pengarang (2000). Your 3-Brains-in-1 Brain. Dilayari pada 29 November 2013 melalui URL: http://www.psycheducation.org/emotion/triune%20brain.htm
Tiada nama pengarang (2000). Your 3-Brains-in-1 Brain. Dilayari pada 29 November 2013 melalui URL: http://www.psycheducation.org/emotion/triune%20brain.htm
No comments:
Post a Comment